Open menu
  • UTAMA
  • KORPORAT
    • Sejarah Penubuhan
    • Carta Organisasi
    • Visi & Misi Jabatan
    • Matlamat
    • Teras Strategik
    • Kemudahan Dan Fasiliti
  • UNIT DAN JABATAN
    • CARTA ORANISASI UNIT
      • CARTA ORGANISASI 2025
    • SASARAN KERJA UTAMA
    • TAKWIM TAHUNAN
      • TAKWIM 2022
      • TAKWIM 2023
      • TAKWIM 2024
        • pindaan
      • TAKWIM 2025
  • PROGRAM
  • SMARTGREEN POLYCC
  • INTERAKTIF
    • PENERBITAN
  • MUAT TURUN
    • Pentadbiran
    • Unit ICT
    • Akademik
    • Kewangan
    • Pengurusan Aset Alih Kerajaan
  • HUBUNGI KAMI
    • DIREKTORI STAF

KURSUS SEPENUH MASA

                           SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN

SINOPSIS PROGRAM

Program Fesyen dan Pakaian adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang pembuatan pakaian. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, ia dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan:

   1. Menunjukkan kefahaman pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang fesyen dan
       pakaian.
   2. Menghasilkan rekaan pakaian yang kreatif dan inovatif.
   3. Berkebolehan menghasilkan pakaian wanita dan lelaki mengikut teknik yang betul.
   4. Mempelajari dan menggunakan pelbagai teknik hiasan pakaian yang terdapat
       dalam sulaman
   5. Mengetahui perkembangan evolusi fesyen dalam seni warisan.
   6. Berkebolehan untuk menghasilkan jahitan pakaian yang kemas dan berkualiti.
   7. Mengaplikasikan ciri- ciri keusahawanan di dalam bidang fesyen dan pakaian.
   8. Mempraktikkan kaedah dan teknik dengan betul dan tertib bagi melaksanakan
       tugasan-tugasan yang berkaitan. 

SYARAT KEMASUKAN

   1. Warganegara Malaysia
   2. Memiliki SPM atau setaraf
   3. Lulus Bahasa Melayu
   4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
   5. Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
   6. Perlu lulus temuduga/hantar portfolio
   7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), 
       pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

TEMPOH PENGAJIAN

        4 semester (2 tahun pengajian)

YURAN PENGAJIAN

    Yuran Pengajian : RM200 persemester

BANTUAN KEWANGAN
Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)

Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti yang mengikuti program Sijil Fesyen dan Pakaian. Bantuan kewangan diberikan sebanyak RM7200 (3 semester) tidak termasuk Latihan Industri.

  1. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  2. BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka
      panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester
     (peringkat sijil);
  3. Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai
      ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak
      RM5249.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah
  4. Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin)
  5. Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  6. Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

Pelajar baru atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

Bantuan Zakat MAIJ

Bantuan zakat bertujuan membantu pelajar untuk membuat persediaan pendaftaran pada kemasukan pengajian sepenuh masa di semester pertama sahaja.

BANTUAN PENDAFTARAN IPT DIBUKA 2 KALI SETAHUN IAITU:
         - SESI 1 BULAN JUN (1 HINGGA 30 JUN)
         - SESI 2 BULAN SEPTEMBER (1 HINGGA 30 SEPTEMBER)

Syarat AM :
 1. Warganegara Malaysia beragama Islam.
 2. Anak kelahiran Johor dan menetap di dalam Negeri Johor.
 3. Pemohon hendaklah berusia 18 tahun ke atas.
 4. Bermaustatin di dalam Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.
 5. Mendapat surat tawaran pengajian IPT tempatan.
 6. Pendapatan perkapita tidak melebihi RM500 setiap tanggungan.
     (termasuk ketua keluarga)
4. PERINGKAT PENGAJIAN : Sijil, Diploma dan Ijazah(Semester pertama)
5. CAPAIAN PERMOHONAN ONLINE MELALUI
         -> Klik Sini : https://epayment.maij.gov.my/

KAEDAH PERMOHONAN
PERMOHONAN UPU

Permohonan melalui sistem UPU Online. Pelajar perlu membeli no. pin di Bank Simpanan Nasional (BSN). Sistem hanya dibuka khas untuk Ambilan Jun setiap tahun sahaja.

PORTAL PENGAMBILAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI

Ambilan Jun - Permohonan untuk lepasan SPM bukan tahun semasa.
Ambilan Dis - Saluran utama untuk Permohonan Kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti.
Sila klik pada ikon PERMOHONAN KEMASUKAN di atas.

BORANG PERMOHONAN KE KOLEJ KOMUNITI PAGOH

Sila scan atau klik QRCode untuk mengisi Borang Permohonan Ke Kolej Komuniti Pagoh.

SECARA WALK-IN

Pemohon boleh berhubung terus dengan Pegawai Pengambilan Kolej Komuniti Pagoh iaitu Puan Nurulhidayah binti Hassan di talian 06-9736001 untuk memohon. Sila bawa bersama salinan IC dan salinan slip SPM.

PROSPEK KERJAYA

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang fesyen dan pakaian yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang pembuatan pakaian. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti:
1. Pembuat pakaian
2. Usahawan fesyen
3. Pembantu pereka fesyen
4. Sewing associate
5. Fashion buyer
6. Ilustrator fesyen

KURSUS PENDEK

Kolej Komuniti Pagoh melalui Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat menyedia dan menawarkan pelbagai Kursus Pendek kepada komuniti setempat untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta taraf sosio ekonomi melalui program sepanjang hayat yang fleksibel dan mudah alih.

MAKLUMAT AM

OBJEKTIF

  • Menganjurkan dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan komuniti
         berpengetahuan.
  • Menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran dan melatih semula untuk keperluan
          tenaga kerja setempat.
  • Menyediakan rangkaian strategik untuk pengukuhan sosio-ekonomi dalam kalangan pelanggan          setempat dan pemegang taruh.
  • Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pilihan yang berpusatkan komuniti.
INFO PROGRAM

       SYARAT PENYERTAAN

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

      TEMPOH KURSUS

Minima 5 jam

KUMPULAN SASARAN

  Semua lapisan masyarakat termasuk:
      1. Suri rumah
      2. Warga emas 
      3. Pekerja industri
      4. Lepasan sekolah 
      5. Kakitangan kerajaan  
      6. Warga institusi pendidikan
      7. OKU (Orang Kurang Upaya)
      8. Ahli Badan Bukan Kerajaan (NGO)
      9. Pelajar tahfiz dan pelajar sekolah pondok
     10. Pelajar Sekolah Menengah / Institusi Pengajian Tinggi
     11. Ahli kumpulan profesional, eksekutif dan pengurusan

KATEGORI KURSUS

KURSUS PENDEK

Kursus yang ditawarkan kepada komuniti setempat untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta taraf sosio ekonomi melalui program sepanjang hayat yang fleksibel dan mudah alih.

PSH BERMODUL

 i.  PSH Bermodul
     Modul latihan kemahiran jangka pendek berasaskan proses kerja sebenar yang dilaksanakan
     tanpa ujian dan penilaian. Peserta program akan diberikan Sijil Penyertaan.
 ii. PSH Bermodul (Kredit)
     Modul latihan kemahiran yang mengandungi pakej kursus dan dilaksanakan dengan ujian dan
     penilaian. Peseta yang mengikuti program ini akan diberikan Sijil Penyertaan, Sijil Modul dan
     dianugerahkan Sijil PSH Bermodul (Kredit) setelah tamat program. 

PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT (PISH)

  Inisiatif di bawah Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang menggabungkan latihan kemahiran
  dan pendidikan agama.
  Pelan Indul PISH 2017-2025 telah menggariskan dua sspirasi iaitu :
    i. Semua pelajar di institusi tahfiz dan pondok perlu diberikan ilmu kemahiran TVET dan  
       keusahawanan ; dan
   ii. Semua umat Islam mendapat peluang yang luas untuk mengikuti PISH.

KAEDAH PERMOHONAN
PERMOHONAN ONLINE

Permohonan melalui sistem Permohonan PSH melaui capaian
        ->  Klik Sini  : https://app.mypolycc.edu.my/epsh/cc/borang/

SECARA WALK-IN

Pemohon boleh berhubung terus dengan Pensyarah Pembelajaran Sepanjang Hayat iaitu Puan Nursalizah binti Muslim di talian 06-9736001 atau hadir terus ke Kolej Komuniti Pagoh untuk memohon. 

 

 
  • kolejkomunitipagoh
  • kolejkomunitipagoh
  •     NO. 1,2,3,5 & 6 
              JALAN JAYA 1/5,
              TAMAN PAGOH JAYA,
              84500 MUAR, JOHOR
  •    06-9736001 (AM)
  •    06-9736003 (PENGARAH)
  •    06-9736007 (PEN. PEG TADBIR)
  •   06-9736002 (FAKS)
  •   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pelawat

Hari IniHari Ini6
SemalamSemalam14
Bulan IniBulan Ini325
KeseluruhanKeseluruhan17469







DIKEMASKINI PADA : 06 MAC 2025

Ke Atas