SEJARAH PENUBUHAN KOLEJ KOMUNITI PAGOH

Kolej Komuniti Pagoh merupakan kampus yang ditubuhkan sebagai kolej cawangan bagi Kolej Komuniti Ledang pada 28 Ogos 2008. Ia mula beroperasi sejak Januari 2009 di Kolej Komuniti Ledang.

Bermula Jun 2009, Kolej Komuniti Pagoh telah mula beroperasi sendiri dengan kemudahan 5 blok bangunan sewaan yang beralamat di Jalan Jaya 1/5, Taman Pagoh Jaya, Muar Johor. Bermula Oktober 2010, Kolej Komuniti Pagoh tidak lagi menjadi kolej cawangan.

Sesi pengambilan pelajar pertama mula dilaksanakan pada Julai 2009. Seramai 30 orang pelajar telah mendaftar dan mengikuti pengajian di Kolej Komuniti Pagoh bagi bidang Sijil Fesyen dan Pakaian. 

 Penubuhan Kolej Komuniti Pagoh adalah untuk memberikan latihan serta kemahiran terutama kepada pelajar lepasan SPM dan komuniti setempat. Selain itu, Kolej Komuniti Pagoh juga bertindak melahirkan tenaga kerja mahir melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) atau lebih mudah dikenali sebagai kursus pendek. Kursus tersebut ditawarkan seiring dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan bagi meningkatkan pendapatan warga setempat.